corat coret

bingkisan dari secebis hati melahirkan 1001 kata-kata ~ kata-kata yg tidak bisa di ungkapkan ~ ku biarkan kata-kata itu terluah disini mewakili perasaan sendiri







Thursday

T_T

semalam kamu menanyakan yang dulu
kenapa yang dulu itu aku tidak begitu cemburu
tidak begitu peduli tidak begitu beremosi tidak begitu terluka
kerana itu adalah dulu

semalam kamu berkata kelmarin
kenapa aku begitu cemburu
begitu peduli begitu beremosi begitu terluka
kerana itu adalah kelmarin
yang kelmarin itu berlaku di depan mata
sesungguhnya aku tidak sanggup menipu bahawa aku tidak cemburu
dengan yang kelmarin itu

semalam adakah aku begitu menjengkelkan
begitu melemaskan begitu merimaskan begitu menyusahkan kamu
semalam kamu tidak seperti selalu
selalu yang menyenangkan selalu yang menghiburkan
selalu yang membahagiakan
semalam kemana pergi nya semua itu

semalam aku perlukan lebih dari pujukan dari kamu
pujukan yang mengubat luka
penebat sakit
penawar derita
bukan kata-kata yang meracun jiwa
aku benar-benar kecewa

hari ini bukan semalam lagi
hari ini aku cuba menjernihkan suasana
hari ini aku cuba berlagak seperti tiada yang semalam
hari ini aku tepiskan rajuk di jiwa
hari ini aku ingin mencari kamu
ternyata kamu dingin seperti aku semalam
kenapa?
bukankah sepatutnya aku yang harus begitu?
plz jgn terusan begini

kamu
tahukah kenapa semalam dan kelmarin itu berbeza?
kerna hari ini aku takut kamu ada dia..







No comments:

Post a Comment