Ya Allah Ya Tuhan ku... dimanakan hilangnya sifat kemanusiaan insan2 di dunia ini, sehingga sanggup memperlakukan anak kecil itu sebegitu... alangkah deritanya anak itu menanggug sakit di biarkan tanpa belas di tengah jln..
Bayangkanlah, anak kecil yg seusia 3 tahun itu telah di langgar oleh kenderaan yg jauh lebih berat darinya... malah ada juga kenderaan lain yg tumpang sekaki melanggar anak itu.. bangang sungguh manusia durjana tersebut... tidakkah meraka tahu sakitnya jika terluka dihiris pisau??.. inikan pula dilanggar kenderaan.. tidakkah mereka lihat, betapa anak itu meronta2 menahan kesakitan.. betapa anak itu menangis meminta pertolongan. malah tiada seorang pon yang menghiraukannya... dimanakah belas mereka yg melihat anak itu? jangankan hendak menolong melihat anak itu bagai melihat bangkai kucing sahaja bagi mereka.. langsung tiada makna..
Berdosakah jika kita menolong org??... Miskinkah?.. Hinakah??.. kepada siapa harus kita salahkan?.. Betapa rendahnya tahap pemikiran mereka di sana.. remuknya hati aku melihat video ini.. sedih, geram, kesian, bengang, hampa, marah.. huh.. macam2 lagila.. Bagaimanalah perasaan seorang ibu apabila melihat anak kesayangannya terkulai layu lemah tidak berdaya?. aku rase bagai hilang separuh nyawanya atau mungkin menyesal seumur hidupnya kerna membiarkan anak kecil itu bermain tanpa pengawasan org dewasa.. aku doakan semoga anak kecil itu selamat daripada kecederaan yg serius dan kembali pulih seperti sediakala... jika di takdirkan anak kecil itu mengalami kecederaan yg serius dan mengakibatkan kecacatan kekal, lebih baik dia di biar pergi dari dunia ini dgn tenang..
aku harap pemandu kenderaan tersebut di hukum dan di jatuhi hukuman yg setimpal dgn nyer.. semoga hukuman yg dijatuhkan terhadapnya dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada meraka2 yang mempunyai hati binatang.. serta membuka mata2 mereka supaya lebih perihatin dan peka terhadap sesuatu musibah yg berlaku di sekeliling mereka...
Kepada ibu2 di luar sana.. sentiasa berwaspadalah terhadap anak anda.. jangan jadikan anak anda korban kegilaan pemandu kenderaan yang tidak berhati perut seperti mereka2 ini.. sayangilah anak2 anda... menyesal dahulu pendapatan.. menyesal kemudian... apa pon x buleh..
cik SARA sayang u all <3
nota kaki cagu~~ cik SARA ada ramai anak buah yg sebaya anak kecil ini... betapa risaunya cik SARA terhadap mereka2 yg cik SARA sayang.. YA ALLAH kau lindungilah anak2 buahku dari segala musibah.. KAU pelihara lah mereka KAU jauhkan la mereka dari segala malapetaka.. AMIN~
No comments:
Post a Comment